Monday 10 February 2014

PERNIAGAAN STRATEGI DAN KAEDAH

Manusia dianugerahkan keinginan yang pelbagai namun kemampuan dari sudut tenaga dan masa menjadi batasan terhadap perkara yang diingininya tidak dapat dipenuhi. Menyedari keterbatasan ini maka perniagaan menjadi medan untuk menyempurnakan keinginan tersebut  Menurut Barjoyai Bardai dan Mohd Fairuz Md Salleh (1998) sebagai seorang muslim kita perlu melihat perniagaan itu sebagai satu amanah bagi memuaskan hati kehendak pengguna. Jika di dalam hati kita mempunyai sifat bertanggungjawab maka misi hidup kita menjadi amat jelas. Kita boleh meletakkan usaha dalam bidang perniagaan sebagai ibadah untuk kehidupan di dunia dan juga sebagai pelaburan untuk hari akhirat.

Untuk melibatkan diri dalam perniagaan, niat menjadi asas dalam melakukan sesuatu pekerjaan di mana ianya mesti dimulakan dengan niat yang baik agar dapat menghasilkan natijah yang baik di penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan meletakkan kedudukan yang tinggi serta kemuliaan kepada mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan sekiranya mereka bertakwa, jujur dan amanah dalam amalan perniagaannya (Jaafar Salleh, 2001).

Pada kebiasaannya bidang perniagaan ini dikaitkan kemampuan untuk menjadi kaya melalui tindakan berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan gaji bulanan. Balasan daripada sikap berdikari ini dinamakan sebagai keuntungan hasil daripada proses jualbeli yang dilakukan dengan pelanggan. Melibatkan diri dalam bidang perniagaan juga memerlukan individu berkenaan bersedia untuk berhadapan dengan cabarannya. Risiko daripada tindakan melibatkan diri dalam bidang ini adalah sama ada berjaya ataupun gagal. Jika berjaya ia akan memperolehi keuntungan sebaliknya jika gagal maka individu berkenaan perlu menanggung kerugian. Abu Bakar Hamed et. al. (1996) menjelaskan bahawa kejayaan mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan ini bukanlah boleh diperolehi secara mudah dan tiba-tiba

1 comment:

  1. Kaedah yang kita harus gunakan mestilah difahami oleh semua yang terlibat.kaedah yang dijalankan dapat dijalankan dengan baik dengan kerjasama semua orang maka penerangan perlu dilakukan sebaiknya.konsep perlulah difahami apa yang kita ingin lakukan dengan baik adalah tertakluk dengan "feedback" orang ramai.

    ReplyDelete