Monday 10 February 2014

PERNIAGAAN&CABARAN. AYUH KITA...

      Setiap individu melakukan sesuatu pekerjaan sudah pasti mengharapkan sesuatu yang terbaik di penghujung segala usaha yang telah dicurahkannya. Jika ia melibatkan diri dalam perniagaan, pastinya terbaik ini termasuklah perniagaan yang diusahakan berjaya, mampu untuk membuka beberapa lagi rangkaian perniagaan, memperolehi keuntungan yang besar, menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain, memberikan kemudahan kepada masyarakat dan sebagainya. Kejayaan ini adakalanya boleh mengaburi mata manusia hingga ada yang menjadi tamak, angkuh, iri hati, dengki serta sanggup mengkhianati orang lain.
Secara prinsipnya kita mestilah berusaha menjadikan apa yang ingin kita lakukan sebagai yang terbaik untuk mendapat satu nilai tambah yang terbaik dari banyak perkara.Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi dan seharusnya perlulah bersabar dan bertawakal kepada yang maha esa.Nilai ini perlu kita tanam dalam jiwa setiap peniaga Islam di Kuala Kangsar yang tentunya mengharapkan sesuatu yang berlainan serta mempunyai visi dan misi yang jelas. Kita perlu mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita dilahirkan dalam Islam yang mempunyai cara hidup yang terbaik dari semua segi maka perniagaan sepatutnya dikuasai oleh kita umat Islam.Setiap usaha yang dijalankan adalah mesti mempunyai keazaman yang tinggi dan bersistematik.Untuk meyakinkan semua orang yang terlibat bahawa kita tergolong dari golongan yang terbaik dan mempunyai keazaman tinggi kita mesti menyakinkan dikalangan kita bahawa sudah tiba masanya kita berubah menjadi yang terbaik dalam perniagaan.Konsep perlu berubah,minda juga perlu berubah dan hakikat ini perlu ada dan terus subur untuk kita menjadi masyarakat yang bersaudara dan semangat ikatan silaturahim dikuatkan serapat yang mungkin.Maka sudah tentu ikatan ini kita dapat gunakan untuk membantu satu sama lain dalam perniagaan kerana nilai perniagaan itu perlu dikuasai oleh kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini secara bermaruah.Maka marilah kita terus usaha untuk jadikan ini sebagai titik sejarah bermulanya era kebangkitan peniaga yang berhati waja dan berazam tinggi serta berdisiplin dalam menjadikan Kuala Kangsar pencetus era baru perniagaan global yang bersifat glokal.
          Tanpa kekuatan iman dan kesedaran bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara, manusia boleh hanyut dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mengejar kemewahan hidup. Maka itu adalah amat penting bagi para peniaga melakukan urusan perniagaannya dengan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. serta sentiasa memohon agar hasil yang diperolehi merupakan rezeki yang diberkati. Di samping itu, ia mampu menjana keutuhan keusahawanan dan kepenggunaan Islam bagi umatnya yang menceburi atau berurusan dalam bidang perniagaan.Maka kita perlu yakin sebenarnya perancangan kita perlulah mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan itulah pembakar semangat yang paling berkesan dan menjadi kekuatan yang tiada tandingannya sekiranya kita yakin.

1 comment:

  1. perancangan perlukan usaha yang bersungguh sungguh.Kita mesti gerakkan semangat untu berjaya.Tekadkan semangat ...tekadkan azam..kuale maju...

    ReplyDelete