Monday 10 February 2014

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA.



Perniagaan merupakan satu bidang yang perlu
Industri Kecil dan Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Lesen dan Permit.

Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan lesen:
Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.
Pembiayaan dan Geran.

Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
Geran dan Insentif.

Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Pinjaman

Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Skim Khas Bank Negara.

Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.
Khidmat Nasihat dan Perundingan.

Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

PERNIAGAAN&CABARAN. AYUH KITA...

      Setiap individu melakukan sesuatu pekerjaan sudah pasti mengharapkan sesuatu yang terbaik di penghujung segala usaha yang telah dicurahkannya. Jika ia melibatkan diri dalam perniagaan, pastinya terbaik ini termasuklah perniagaan yang diusahakan berjaya, mampu untuk membuka beberapa lagi rangkaian perniagaan, memperolehi keuntungan yang besar, menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain, memberikan kemudahan kepada masyarakat dan sebagainya. Kejayaan ini adakalanya boleh mengaburi mata manusia hingga ada yang menjadi tamak, angkuh, iri hati, dengki serta sanggup mengkhianati orang lain.
Secara prinsipnya kita mestilah berusaha menjadikan apa yang ingin kita lakukan sebagai yang terbaik untuk mendapat satu nilai tambah yang terbaik dari banyak perkara.Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi dan seharusnya perlulah bersabar dan bertawakal kepada yang maha esa.Nilai ini perlu kita tanam dalam jiwa setiap peniaga Islam di Kuala Kangsar yang tentunya mengharapkan sesuatu yang berlainan serta mempunyai visi dan misi yang jelas. Kita perlu mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita dilahirkan dalam Islam yang mempunyai cara hidup yang terbaik dari semua segi maka perniagaan sepatutnya dikuasai oleh kita umat Islam.Setiap usaha yang dijalankan adalah mesti mempunyai keazaman yang tinggi dan bersistematik.Untuk meyakinkan semua orang yang terlibat bahawa kita tergolong dari golongan yang terbaik dan mempunyai keazaman tinggi kita mesti menyakinkan dikalangan kita bahawa sudah tiba masanya kita berubah menjadi yang terbaik dalam perniagaan.Konsep perlu berubah,minda juga perlu berubah dan hakikat ini perlu ada dan terus subur untuk kita menjadi masyarakat yang bersaudara dan semangat ikatan silaturahim dikuatkan serapat yang mungkin.Maka sudah tentu ikatan ini kita dapat gunakan untuk membantu satu sama lain dalam perniagaan kerana nilai perniagaan itu perlu dikuasai oleh kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini secara bermaruah.Maka marilah kita terus usaha untuk jadikan ini sebagai titik sejarah bermulanya era kebangkitan peniaga yang berhati waja dan berazam tinggi serta berdisiplin dalam menjadikan Kuala Kangsar pencetus era baru perniagaan global yang bersifat glokal.
          Tanpa kekuatan iman dan kesedaran bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya sementara, manusia boleh hanyut dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mengejar kemewahan hidup. Maka itu adalah amat penting bagi para peniaga melakukan urusan perniagaannya dengan ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. serta sentiasa memohon agar hasil yang diperolehi merupakan rezeki yang diberkati. Di samping itu, ia mampu menjana keutuhan keusahawanan dan kepenggunaan Islam bagi umatnya yang menceburi atau berurusan dalam bidang perniagaan.Maka kita perlu yakin sebenarnya perancangan kita perlulah mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan itulah pembakar semangat yang paling berkesan dan menjadi kekuatan yang tiada tandingannya sekiranya kita yakin.

MATLAMAT PERNIAGAAN-KAJIAN ILMIAH

Menurut Megginson et. al. (2006), terdapat empat faktor yang menjadi matlamat bagi individu menceburi bidang perniagaan iaitu ingin mencapai kebebasan, memperolehi pendapatan yang lebih besar, menyediakan peluang pekerjaan ataupun menyediakan barangan/perkhidmatan yang tidak di tawarkan oleh mana-mana pihak. Longenecker et. al. (2006) menegaskan bahawa, penglibatan individu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh ganjaran yang bakal diterima dari sudut kepuasan peribadi di mana perniagaan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, bebas membuat segala keputusan kerana kita merupakan pemilik perniagaan berkenaan berbanding dengan bekerja makan gaji, menikmati kepuasan secara peribadi kerana segala yang diusahakan akan menjadi milik sendiri dan akhirnya kepuasan dari sudut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Begitu juga dengan Zimererer dan Scarborough (1998) yang berpandangan bahawa, mereka yang menceburi bidang perniagaan ini akan mampu mencapai matlamat yang diingini dalam kehidupan. Di antaranya adalah mampu untuk mengawal jalan hidup sendiri, boleh mencipta perbezaan berbanding dengan orang lain, berupaya menggunakan potensi diri dengan sepenuhnya, berpeluang mengaut Seminar keuntungan sebanyak yang mungkin, berpeluang menyumbang kepada masyarakat dan dalam masa yang sama mereka akan menghargai sumbangan tersebut dan akhir sekali kita boleh melaksanakan perkara yang kita suka dalam hidup ini. Zaharuddin Yahya (1995) berpendapat menceburi bidang perniagaan dapat membantu individu merealisasikan segala impiannya, meringankan bebanan pihak lain, dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Selain dari itu juga, sebagai pembina empayar perniagaan yang boleh diwariskan kepada keturunannya.Motif seseorang yang terlibat dalam perniagaan menurut Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari Mohamed (2002) menjadi faktor pendorong kepada indvidu berkenaan menceburi bidang perniagaan. Pada kebiasaan individu ini ingin mencari kepuasan peribadi, meningkatkan taraf sosial, mengawal nasib diri dan pulangan keuntungan yang lumayan sebagai matlamat mereka menceburi bidang perniagaan. Namun begitu, kepuasan peribadi ini perlu diseimbangkan dengan keperluan kerohanian agar individu berkenaan tidak bongkak, lupa diri dan takbur apabila diberikan kekayaan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Menurut pandangan Zaharuddin Yahya (1995) bagi seorang muslim apa jua pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang halal maka ianya dianggap sebagai ibadah dan akan diberikan ganjaran pahala oleh
Allah s.w.t. Setiap ibadah mestilah berteraskan keinginan untuk mendapatkan keuntungan yang abadi. Keuntungan abadi ini dirujuk kepada usaha untuk mencari keredhaan Allah bagi kesempurnaan kehidupan di dunia dan kebahagian yang kekal di akhirat.Secara umumnya, Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005) telah merumuskan bahawa dengan melibatkan diri dalam perniagaan, individu tersebut boleh merealisasikan matlamatnya untuk menjadi bos kepada diri sendiri tanpa menerima arahan dari orang lain, menguruskan masa mengikut kesesuian diri, memberikan komitmen serta bekerja keras untuk diri sendiri, mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lebih berbanding makan gaji dan berpeluang untuk memperolehi sesuatu dari peluang dan cabaran yang ada dalam bidang perniagaan.

PERNIAGAAN STRATEGI DAN KAEDAH

Manusia dianugerahkan keinginan yang pelbagai namun kemampuan dari sudut tenaga dan masa menjadi batasan terhadap perkara yang diingininya tidak dapat dipenuhi. Menyedari keterbatasan ini maka perniagaan menjadi medan untuk menyempurnakan keinginan tersebut  Menurut Barjoyai Bardai dan Mohd Fairuz Md Salleh (1998) sebagai seorang muslim kita perlu melihat perniagaan itu sebagai satu amanah bagi memuaskan hati kehendak pengguna. Jika di dalam hati kita mempunyai sifat bertanggungjawab maka misi hidup kita menjadi amat jelas. Kita boleh meletakkan usaha dalam bidang perniagaan sebagai ibadah untuk kehidupan di dunia dan juga sebagai pelaburan untuk hari akhirat.

Untuk melibatkan diri dalam perniagaan, niat menjadi asas dalam melakukan sesuatu pekerjaan di mana ianya mesti dimulakan dengan niat yang baik agar dapat menghasilkan natijah yang baik di penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan meletakkan kedudukan yang tinggi serta kemuliaan kepada mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan sekiranya mereka bertakwa, jujur dan amanah dalam amalan perniagaannya (Jaafar Salleh, 2001).

Pada kebiasaannya bidang perniagaan ini dikaitkan kemampuan untuk menjadi kaya melalui tindakan berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan gaji bulanan. Balasan daripada sikap berdikari ini dinamakan sebagai keuntungan hasil daripada proses jualbeli yang dilakukan dengan pelanggan. Melibatkan diri dalam bidang perniagaan juga memerlukan individu berkenaan bersedia untuk berhadapan dengan cabarannya. Risiko daripada tindakan melibatkan diri dalam bidang ini adalah sama ada berjaya ataupun gagal. Jika berjaya ia akan memperolehi keuntungan sebaliknya jika gagal maka individu berkenaan perlu menanggung kerugian. Abu Bakar Hamed et. al. (1996) menjelaskan bahawa kejayaan mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan ini bukanlah boleh diperolehi secara mudah dan tiba-tiba

Sunday 9 February 2014

KEPENTINGAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

Besarnya sumbangan perniagaan dalam kehidupan seorang muslim telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: Didorong atas kamu adalah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan persepuluh daripada rezeki. Kesungguhan untuk mengalakkan umat Islam menyertai bidang perniagaan ini telah ditekankan dalam surah al-Jumu’ah ayat 109 yang bermaksud: Apabila telah ditunaikan sembahyang (pada hari Jumaat) maka bertebarlah kamu dimuka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. 

Bidang perniagaan atau muamalat ini pula secara umumnya melibatkan dua aspek yang pertama hubungan mereka yang terlibat dalam bidang ini dengan penciptanya (hablumminallah) dalam mencari balasan yang baik di akhirat di atas amalan perniagaan yang jujur dan amanah sewaktu mereka hidup di dunia. Hubungan sesama insan (hablumminannas) pula melibatkan peniaga berkenaan mencari ganjaran kesenangan di dunia melalui menyempurnakan keperluan manusia di sekelilingnya dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan dalam bentuk kebendaan untuk mengisi keperluan kehidupan seharian. 

Pada kebiasaannya apabila berbicara mengenai perniagaan biasanya penumpuan diberikan kepada kemampuan individu untuk menjana keuntungan berteraskan kepada aspek kebendaan dan keduniaan. Keinginan untuk menyertai kegiatan ini pula didorong oleh peluang untuk memperolehi kekayaan yang lebih berbanding bidang lain.  Dorongan ini adakalanya mampu mengaburi mata dan fikiran insan
menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram. Di sini terletaknya istilah yangdinamakan ‘keberkatan’, ianya tidak dapat dijelaskan namun kita dapat merasainya dan kita mengetahui bahawa apa yang kita perolehi daripada aktiviti perniagaan tersebut diberikan ‘keberkatan’
ataupun disebaliknya daripada Allah s.w.t.